Loading...

Sunday, 29 April 2012




PEMARKAHAN
2.   ESEI:
(a)
(b)

3.   FORUM JUMLAH





KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


TAJUK TUGASAN 1

       DISLEKSIA

                                             TAJUK TUGASAN 2


                                SINDROM DOWN & AUTISME


KUMPULAN

                                        UPSI – B06 (A112PJJ)


DISEDIAKAN OLEH

NAMA
NO. ID
NO. TELEFON



    SURIATI BINTI SAMSUDIN
       D20102041381
         013-3452265



NAMA TUTOR E-LEARNING:  DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALI

TARIKH SERAH:      29 APRIL 2012


1.0   Pendahuluan


Kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan Khas yang terdiri daripada tiga kategori iaitu pertama, Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang meliputi pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan, kategori kedua, Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan yang ketiga, Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi memenuhi keperluan murid-murid khas berkenaan, program pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk adalah lebih fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan pendidikan iaitu Pendidikan Khas (1997), yang memperuntukkan kuasa kepada guru-guru dalam mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa untuk aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

Mengikut Slavin (1997), mendefinisikan Pendidikan Khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Manakala bagi Hallahan dan Kauffman (2006), Pendidikan Khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bili darjah, rumah, hospital atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) Pendidikan Khas merujuk kepada sesuatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahliu masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk Pendidikan Khas ini juga merupakan pengubahsuaian daripada kurikulum biasa bagi tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya itu. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berhak untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara


menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan mampu berdikari.



2.0   Disleksia


2.1   Etiologi

Etiologi adalah merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kecacatan.. Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya kecacatan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pada hakikatnya punca kecacatan kepada kanak-kanak istimewa ini bergantung kepada kategori-kategori yang tertentu. Secara umumnya terdapat tiga punca kecacatan iaitu faktor biologi, psikologi dan persekitaran adalah dominan kepada semua kategori yang dinyatakan itu.

Salah satu punca berlakunya kecacatan adalah faktor neoroligik yang merangkumi proses kelahiran, distress fetal, bersalin dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia dibandingkan kehamilan dan bersalin normal. Di samping itu juga, faktor-faktor seperti bayi yang lahir yang mempunyai berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang sudah berumur, ibu yang merokok dan mengambil alkohol juga mempunyai potensi untuk mendapatkan anak yang bermasalah.

Mengikut pendapat kebanyakkan penyelidik menyatakan bahawa, disleksia sebagai seseorang yang mengalami masalah membaca yang agak serius. Masalah tersebut berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca daripada kecelaruan pada bahagian otaknya. Pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak ini akan dapat membantu mereka untuk berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Di Malaysia pendidikan untuk kanak-kanak disleksia merupakan Pendidikan Khas yang baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat.





3.0   Definisi


Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu “DYN” bermaksud susah, dan “LEX.A” bermaksud tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Biasanya, masalah pembelajaran yang


dihadapi oleh kanak-kanak disleksia adalah seperti kemahiran membaca, menulis, mengeja, dan mengira. Oleh itu disleksia adalah merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca, menulis dan

mengira walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau simbol matematik. Manakala menurut Drake (1989) dalam Madhya Zhagan (1999) masalah pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu kesukaran belajar bahasa, ketidak seimbangan dengan kebolehan intelektual, tidak lancar ketika membaca sesuata bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat, mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan daya tumpu yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta).

Payne dan Turner (1999) dan Hammond dan Hughes (1996), merupakan pakar pendidikan yang cenderung menggunakan istilah “Specific Learning Difficulties” (Masalah Belajar Spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah disleksia. Berdasarkan kepada “Special Needs Code of Practice” takrifan bermasalah pembelajaran spesifik di Britain (Payne & Turner 1999) yang menerangkan bahawa kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis, mengeja atau mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya secara umum. Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran dalam subjek-subjek tertentu dengan cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang tinggi secara lisan, tetapi masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak ini mungkin boleh menjadi seorang yang teramat kecewa dan mungkin menghadapi masalah emosi dan tingkah laku.

The Orton Dyslexia Society’s (1994) telah mendefinisikan disleksia sebagai ketidak upayaan memperolehi pengetahuan daripada proses pembelajaran. Masalah ini disebabkan oleh kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang selalunya menunjukkan ketidak upayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Kesukaran-kesukaran dalam mentafsir satu kod ayat adalah selalunya tidak dijangkakan bersangkutan dengan umur dan kebolehan akademik. Terdapat pelbagai kesukaran yang ditunjukkan oleh mereka yang mengalami disleksia. Antaranya adalah seperti bentuk bahasa, masalah membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Terdapat juga beberapa usaha untuk mendefinisikan murid bermasalah disleksia berasaskan kepada penemuan Teori Perbezaan (discrepancy) dan Teori Pengasingan (exclusion). Berdasarkan Teori Perbezaan (discrepancy), menyatakan bahawa terdapat murid-murid yang mempunyai kepintaran yang normal tetapi gagal mencapai prestasi yang memuaskan dalam


pembelajaran mereka. Teori Pengasingan (exclusion) pula menyatakan murid tidak boleh dikategorikan sebagai masalah belajar yang spesifik jika punca masalah belajar murid terlalu berat (Hammond & Huhges 1996).

Difinisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006), Mohd Sharani (2004) menjelaskan maksud “dyslexia” adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut:

“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”.

Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf “b” dan “d”, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berumur tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri (Cronin 1997:ms 111 dalam Shiela & Samsilah 2006).





3.0   Punca-Punca Kecacatan


Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sindrom disleksia tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia adalah disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).

3.1   Keturunan atau Genetik

Mengikut pendapat dan kajian Bradford (2001), kebanyakkan kes murid disleksia, terdapat beberapa orang ahli keluarga sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara terdekat, yang turut


mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan terdapat tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh diwarisi. Walau bagaimanapun, darjah keterukkan disleksia yang dialami oleh setiap individu mungikn berbeza. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terbukti bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 15,1,dan16 yang diwarisi secara turun- temurun (British Psychological Society, 1991).

3.2   Biologi

Secara umumnya kanak-kanak disleksia disebabkan oleh sejarah atau pengalaman kesukaran semasa dilahirkan. Contohnya seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa lahir atau kelahiran yang amat menyukarkan. Semua faktor tersebut adalah berkemungkinan menjadi punca kelambatan atau ketidak sempurnaan perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah dieleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minimum. Mercer (1997), yang menjalankan kajian secara perubatan, mendapati pembentukkan otak mereka yang mengalami disleksia adalah tidak sama seperti mereka yang normal.

3.3   Kematangan

Pada kebiasaannya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut jantina. Kanak-kanak lelaki kebiasaanya lambat matang jika dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya (Hammond & Hughes 1996). Masalah disleksia sering berlaku di kalangan lelaki dan kerap berlaku juga kepada pasangan kembar.

Kesimpulannya di sini dapat dinyatakan bahawa punca disleksia adalah akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada yang normal. Ujian imbasan yang dijalankan ke atas penghidap disleksia, mendapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan atau daripada kemalangan. Selain daripada itu juga tidak dapat dinafikan bahawa faktor keturunan juga sebagai salah satu daripada punca terjadinya disleksia.



4.0     Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi fizikal, kognitif dan sosial.


4.2     Ciri-Ciri Perkembangan Fizikal


Dari segi fizikal, kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota dan tahap kecerdasan mereka juga normal. Mereka boleh berbual dan bergaul seperti murid lain. Ini menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil bagi membantu kanak-kanak tersebut dalam pelajaran. Akibatnya, murid-murid in berkemungkinan besar disalah labelkan sebagai sama ada murid pemulihan atau bermasalah pembelajaran yang umum sahaja (Sofiah Ali, 2000: Zabidi Husin, 2000).

Kanak-kanak disleksia tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan. Mereka juga mempunyai masalah dalam pengamatan dan tingkah laku iaitu keliru dengan konsep arah, konsep masa, kerap terasa tertekan, keliru memakai kasut pada kaki yang betul, dan mempunyai konsep kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini juga adalah kidal iaitu menggunakan tangan sebelah kiri untuk menulis atau melukis.

Kanak-kanak disleksia juga mempunya masalah dalam perkembangan kemahiran motor yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar. Kemahiran motor halus adalah kemahiran menggunakan jari-jari tangan. Kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam menggunakan sudu dan garpu sewaktu makan, sukar menggunakan gunting terutamanya jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensel secara ganjil, sukar untuk mengikat tali kasut dan sangat sukar untuk memakai tali leher (Ott 1997).



4.2   Ciri-Ciri Perkembangan Kognitif

Kanak-kanak disleksia mempunyai tahap perkembangan fikiran yang lemah dan lambat. Sebagai contoh mereka lemah dalam bacaan dan menyelesaikan masalah matematik. Mereka lebih cenderung menggunakan bahan lisan daripada penulisan. Tulisan mereka juga buruk, menekan semasa menulis dan tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf “b”, “d” d, “p” dan “q”, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya.

Daya tumpuan mereka amat lemah dan mudah lupa dan sukar memahami arahan terutama dalam urutan. Mereka lebih kerap melakukan kesalahan berbanding dengan kanak-kanak biasa. Masalah urutan yang dihadapi oleh kanak-kanak in boleh dibahagi kepada dua iaitu


kesukaran visual dan kesukaran urutan ingatan auditori. Kesukaran visual boleh dikesan apabila murid-murid lemah dalam lukisan, sukar dalam maze, sukar mengasingkan manic mengikut bentuk, sukar untuk memakai pakaian, masalah dalam membuka dan menutup paip kerana tidak ingat arah, sukar untuk memasang butang baju, dan sukar untuk membuka pintu yang menggunakan tombol, serta kesukaran dalam menyiapkan model dan “jigsaw puzzles” (Ott 1997).

Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal, seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak yang berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri (Cronin 1997:ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Gambar di bawah adalah contoh hasil tulisan murid disleksia yang menulis huruf dan nombor secara terbalik.




















4.3   Ciri-Ciri Perkembangan Sosial

Kanak-kanak disleksia yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis, mengeja atau mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya secara umum. Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran dalam subjek-subjek tertentu dengan cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang tinggi secara lisan, tetapi masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak ini akan menjadi seseorang yang teramat kecewa, rasa rendah diri dan mengalami masalah emosi dan tingkah laku. Kesan dari ketidakupayaannya dalam menguasai sesuatu kemahiran akan mengakibatkan kemurungan yang melampau. Mereka tidak suka berkawan dengan rakan sebaya dan akan memilih untuk menyendiri. Mereka juga bersifat pemalu dan introvert, pendiam dan tidak berani untuk bertanya kerana memahami situasi diri mereka yang sering dipandang rendah oleh orang disekelilingnya.


Akibat daripada menghadapi masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan sebaganya, menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak ini lebih cenderung menjadi seorang yang sering bertindak mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Mereka juga kurang berminat untuk belajar dan selalu ponteng sekolah serta kebanyakkannya mempunyai latar belakang masalah kemiskinan.

Mereka yang terdiri daripada keluarga yang miskin akan lebih memburukkan lagi keadaan, kerana ibu bapa akan memberi lebih tumpuan dalam mencari sumber pendapatan daripada memberi perhatian terhadap masalah anak-anak mereka. Tugas dan tanggungjawab ini terletak dibahu guru-guru bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut.





5.0   Langkah-Langkah Pencegahan Disleksia


Terdapat beberapa langkah pencegahan atau lebih tepat langkah-langkah untuk membantu mereka supaya boleh dan mampu belajar seperti kanak-kanak yang lain. Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah memberi bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka dalam mengendalikan permasalahan dan membina keyakinan diri kanak-kanak tersebut, mendapatkan rawatan untuk penyakit lain yang mungkin berkaitan seperti gejala hiperaktif dan kurang daya tumpuan, serta pertingkatkan potensi pembelajaran mereka menggunakan kemahiran individu yang lebih pakar dalam disleksia.

Disleksia hanya akan dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Pengidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistic, berfikir, dan sosial. Kanak-kanak disleksia memerlukan bantuan dan perhatian dari orang di sekeliling mereka terutama ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak yang mengalami disleksia. Dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghantar anak-anak ke Pusat Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa. Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai “orang kurang upaya” (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan


Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperolehi bantuan RM 150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Terdapat kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan pendekatan yang sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria, iaitu auditori, visual, oral dan kinestetik. Bagi menjalankan kaedah ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak. Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana murid boleh mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf, melihat, menyebut kembali, dan menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari. Selain daripada itu juga murid-murid boleh menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Melalui cara tersebut murid akan dapat mendengar huruf yang disebut guru, melihat huruf yang ditulis di papan tulis, mengulang kembali bunyi huruf yang disebut dan menulis semula huruf di atas pasir.


















Gambar cara menulis bentuk huruf di atas pasir.




















Gambar meniru bentuk huruf menggunakan jari mengikut arah pergerakan yang betul.


Mengajar murid-murid yang bermasalah disleksia memerlukan kepakaran khas. Perkhidmatan terapi ini boleh disamakan dengan terapi yang diberikan oleh seorang pakar patalogi pertuturan. Terdapat pelbagai program pengajaran telah berjaya dilaksanakan berdasarkan penyelidikan bagi murid-murid yang menghadapi disleksia. Disleksia dianggap sebagai satu masalah pembelajaran yang melibatkan kelemahan-kelemahan dalam pemprosesan bahasa serta kognitif yang menghindarkan kebolehan membaca. Ia juga adalah satu masalah neurological (saraf) yang dipindahkan secara genatik (Snowling, 1996).

Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai disleksia. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah social atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka. Komplikasi yang di hadapi oleh mereka akan mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain daripada itu, disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi.

Kanak-kanak disleksia juga perlu menjalani ujian pengesanan masalah penglihatan. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, terutamanya disleksia yang berkaitan dengan penglihatan yang akan disarankan menjalani ujian-ujian seperti “ standard and specialist eye tests”, “irlen syndrome tests”, “intuitive colorimester”, cerium overlays”, dan “chroma/gen lemses”. Terdapat juga kajian menunjukkan ramai kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga menghadapi masalah pendengaran. Masalah pendengaran ada juga bersifat sementara dan kekal. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah seperti “Fast For Word” dan “Aural-Read-


Respond-Oral-Write (ARROW). Perkembangan reflex kurang matang atau tidak matang sepenuhnya selalu berlaku pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Masalah reflek yang berlaku pada awal kanak-kanak, terutamanya pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran akan menyebabkan masalah koordinasi dan kawalan motor. Beberapa terapi boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut seperti “Brain Gym”, “Brain Injury Rehabilitation and Development”, dan “Neuro-Developmen”. Melalui pengambilan makanan tambahan, terutamanya bagi kanak-kanak disleksia, boleh meningkatkan masa tumpuan dan tingkah laku, iaitu berupaya menumpukan masa yang lebih lama, memberikan tumpuan yang lebih dan berusaha membaiki bacaan dan tulisan. Jenis-jenis “supplement” yang disarankan ialah “Iron”, “Zink” dan “Fatty Acids and Efalex”.

Sebagai kesimpulannya kanak-kanak yang mengalami disleksia perlu dikenal pasti seawal mungkin. Ini kerana semakin awal usia mereka yang dikenal pasti mengalami disleksia akan diberi intervensi lebih awal dan lebih mudah untuk dibantu dalam menguasai sesuatu pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah seorang yang bodoh kerana masih terdapat keistimewaan dan kebolehan yang tertentu, mereka juga boleh dibantu dan mampu berjaya seperti orang yang normal. Sebagai contoh, antara orang-orang ternama yang juga mengalami disleksia termasuklah ahli politik ( Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein). Ramai lagi tokoh-tokoh yang terkenal mempunyai daya imaginasi yang tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut atau demensi. Terdapat juga diantara mereka yang bijak menggunakan kemahiran tangan atau sukan.
























Gambar tokoh-tokoh terkenal yang mengalami disleksia.
















Rujukan


Abdul Rahim Talib. (2010). Pengenalan Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran: Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Baharudin Omar. (2002). Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee dan Ko Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaac Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul UPSI. (2011). KBK 3073 Konsep Pendidikan Khas: Tanjong Malim, Perak. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Maklumat Pendidikan Khas. Puterajaya

Jamila K.A, Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Unuk Kanak-Kanak Istimewa. Bentong: PTS Professional Publishing.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y     (06.03.2012)

















TUGASAN 2

PENDAHULUAN
Pendidikan khas yang dijalankan di sekolah-sekolah menyediakan program khusus untuk kanak-kanak istimewa termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran. Mengikut statistik terkini, bilangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah seluruh Malaysia adalah seramai 7437 orang. Kanak-kanak ini mengikuti pembelajaran di 402 sekolah sepanjang tahun dengan diajar oleh 1536 orang guru khas yang terlatih. Bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran mereka ditempatkan di dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah harian biasa. Pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas atau kurang upaya. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Pendidikan khas di Malaysia adalah terdiri daripada kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) dalam pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan, kanak-kanak bermasalah penglihatan dan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenal pasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam tugasan ini, kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down dan Autisme telah dipilih untuk dibincangkan berdasarkan aspek-aspek yang dikehendaki.

DEFINISI SINDROM DOWN
Sindrom down adalah salah satu punca kewujudan terencat akal akibat daripada faktor ketidaknormalan kromosom individu. Sindrom Down merupakan kecelaruan genetik yang paling dikenali yang menyebabkan kerencatan akal kanak-kanak. Individu Sindrom Down mempunyai lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke-21, dan dikenali juga sebagai Trisomi 21. Individu Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas membezakan mereka daripada individu lain terutamanya pada bahagian muka. Di antara ciri yang paling biasa dilihat adalah mata sepet dan condong ke atas, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang dan jari-jari tangan yang pendek. Ini bermakna apabila pasangan kromosom ke-21


melekat bersama-sama, maka individu tersebut mempunyai Trisomi 21. Individu yang mempunyai Trisomi 21 mempunyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara kolektifnya dikenali sebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi tanda-tanda atau ciri-ciri, manakala Down pula adalah nama doktor yang berjaya mengesan dan mengumpulkan kesemua tanda dan mencadangkan bahawa tanda-tanda itu berkaitan dengan masalah yang sama.

Selain itu, Sindrom Down ialah kelainan kromosom yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal yang boleh dikenal pasti dan biasanya disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual yang berkembang secara perlahan. Kromosom pula ialah serat-serat khusus yang terdapat dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Kes Sindrom Down yang paling kerap terjadi adalah disebabkan oleh pertambahan kromosom 21 iaitu sebanyak 3 kromosom 21 yang menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 47. Manakala bayi yang normal pula hanya mempunyai 2 kromosom 21 iaitu menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 46.


JENIS-JENIS SINDROM DOWN

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, punca Sindrom Down adalah akibat daripada ketidaknormalan kromosom pada individu. Jenis-jenis ketidaknormalan kromosom ini jugalah yang merujuk kepada jenis-jenis Sindrom Down (Cunningham 1997), iaitu;

4.3  Trisomi 21 Standard

4.4  Trisomi 21 Mozek

4.5  Trisomi 21 Translokasi



Trisomi 21 Standard

Trisomi 21 Standard berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis. Disebabkan kegagalan ini, gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan salinan kromosom 21. Kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya, maka embrio kini mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom berbanding kromosom yang normal iaitu 46. Trisomi 21 ini merupakan penyumbang terbesar kepada kes sindrom down iaitu sebanyak


94% dengan 88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.

Trisomi 21 Mozek

Trisomi 21 Mozek terjadi apabila seseorang itu mempunyai campuran sel-sel normal dengan sel-sel trisomi. Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan terjejas. Walau bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, maka ia dikenali sebagai sindrom down jenis Mozek. Di sini sebahagian sl-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang sempurna iaitu (46 kromosom) dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak sempurna (47 kromosom). Sel-sel yang sempurna dan tidak terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran lalu terjadinya mozek.

Trisomi 21 Translokasi

Sindrom Down jenis Trisomi 21 Translokasi ini merupakan jenis yang paling kurang menyumbang kepada kes Sindrom Down. Ianya hanya melibatkan 2% daripada kes sindrom down yang berlaku. Sindrom Down jenis ini boleh diturunkan oleh ibu atau bapa. Trisomi 21 Translokasi adalah disebabkan oleh sebahagian kromosom 21 terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain dan biasanya pada kromosom 14. Percantuman kromosom 21 dengan kromosom 14 menyebabkan salah satu daripada pasangan kromosom menjadi lebih besar daripada kromosom yang lain dalam kumpulannya (kumpulan pasangan kromosom 13, 14 dan 15). Jadi, bahan kromosom 21 itulah yang mengganggu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dan seterusnya menghasilkan ciri-ciri Sindrom Down. Sindrom Down adalah tidak diwarisi daripada ibu bapa, cuma satu daripada 100 kes sahaja yang menunjukkan keadaan itu diwarisi. Pada kebiasaannya dua daripada kes ini, ibu bapa bukanlah pembawa dan berkemungkinan mereka untuk melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai sindrom down tidaklah besar daripada ibu bapa.

JENIS KEPERLUAN KHAS SINDROM DOWN

Dari Segi Pertumbuhan

Pertumbuhan kanak-kanak sindrom down adalah tidak begitu ketara jika hendak dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Saiz fizikal mereka selalunya lebih besar dan gempal dari kanak-kanak biasa namun otot-otot mereka kelihatan lembik. Hal ini menyebabkan mereka kurang


aktif disebabkan otot-otot mereka yang tidak kuat seperti kanak-kanak normal yang lain yang aktif pada peringkat ini.

Dari Segi Mental

Pertumbuhan mental kanak-kanak sindrom down agak lambat berbanding kanak-kanak biasa. Keupayaan mereka untuk memikirkan tentang banyak perkara tidak dapat mencapai tahap seperti mana pertumbuhan pada kanak-kanak normal. Pertumbuhan mental mereka juga agak ketinggalan jauh ke belakang dari kanak-kanak biasa yang sebaya dengan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh kerosakan saraf-saraf otak yang dialami oleh mereka.

Dari Segi Sosial

Pertumbuhan sosial mereka juga begitu ketara jikalau dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka agak lambat untuk berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga mereka seperti jiran, rakan sebaya dan guru. Hal ini disebabkan oleh mereka tidak pandai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka terutamanya yang bukan dari keluarga mereka. Walau bagaimanapun, kanak-kanak sindrom down juga mempunyai emosi seperti kanak-kanak lain. Adakalanya, mereka ketawa, menangis dan sayangkan sesuatu seperti kanak-kanak biasa yang lain. Akan tetapi bezanya cuma kawalan emosinya tidak seperti kanak-kanak biasa. Ini kerana kanak-kanak sindrom down kurang mempunyai perasaan malu jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.

Dari Segi Emosi

Kanak-kanak sindrom down tidak berupaya menguasai perasaan serta mengawal perasaan mereka ketika marah atau cemburu. Mereka kurang mempunyai perasaan malu jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan silu di khalayak ramai jika kemahuan mereka tidak dituruti. Perasaan segan atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak-kanak ini. Mereka kurang faham perbezaan peranan lelaki dan perempuan, jadi perasaan malu kepada lain jantina kurang kepada mereka.

Dari Segi Perkembangan Fizikal

Pada peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak sindrom down, keupayaan mereka mengangkat, berjalan, berlari dan melompat adalah tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Bagi kanak-kanak biasa, mereka mampu mengangkat benda-benda yang agak berat tetapi kanak-kanak sindrom down pula tidak mampu melakukannya kerana otot-otot mereka agak


lemah, begitu juga dengan keupayaan mereka berjalan, berlari dan melompat. Mereka tidak mampu melakukan semua itu kerana masalah pada otot-otot mereka dan kemungkinan juga masalah pada jantung mereka.

Dari Segi Perkembangan Kognitif

Kanak-kanak sindrom down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Hal ini disebabkan oleh perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, jadi tahap pemikiran mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Perkembangan intelek kanak-kanak sindrom down adalah lambat dan ukuran kecerdasan (IQ) mereka dianggarkan di sekitar 70 pada tahun pertama. Namun begitu, faktor persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan intelek kanak-kanak sindrom down. Misalnya, kanak-kanak sindrom down yang dijaga di pusat-pusat penjagaan menunjukkan perkembangan yang lambat berbanding mereka yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga di rumah.

Dari Segi Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak sindrom down ini sangat rendah dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan. Selain itu, mereka juga belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur mereka sudah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan rakan sebaya juga tidak menampakkan kematangan. Mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa.

Dari Segi Personaliti

Kanak-kanak sindrom down selalunya mempunyai personaliti introvert, mereka kurang aktif dalam pergaulan. Mereka lebih banyak menyendiri, kurang melakukan aktiviti kumpulan, dan tidak berapa suka dengan orang baru terutamanya yang belum mereka kenali. Mereka juga sukar diajak berbicara mungkin disebabkan mereka kurang fasih berbahasa. Adakalanya, mereka kurang percayakan diri sendiri, bersifat pemalu dan kadang-kadang menjadi pendiam. Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak sindrom down yang bersifat ekstrovert dan juga ambivert. Mereka yang mempunyai personaliti sebegini biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran terutamanya ibu bapa, keluarga, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling. Semua yang berada di sekeliling mereka akan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini supaya lebih berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup bermasyarakat.

MASALAH-MASALAH SAMPINGAN

Masalah Jantung

Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan usus. Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang. Masalah jantung berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan.

Selain itu, jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect (ASD)di mana ada lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat memasuki di bahagian kanan jantung. Ini memberi kesan yang sakit kepada jantung kanak- kanak tersebut.

Selain itu, masalah yang dihadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis berkekalan ( Patent Ductus Ateriosis /PDA) dan juga masalah jantung berlubang kebiruan ( cynotic spell) iaitu turut menyebabkan kanak-kanak sindrom down itu sukar untuk bernafas. Masalah ini perlu dirawat melalui perubatan atau pembedahan.



Masalah Usus

Masalah usus yang dihidapi ialah kanak - kanak sindrom down biasanya dikesan semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia), biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami sukar untuk menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub menyedut air perut semasa baru lahir. Saluran usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan ‘HirshprungDisease´ keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Kebiasaannya, bayi akan mengalami masalah ini pada hari kedua atau seterusnya selepas kelahiran di mana perutnya akan membuncit dan susah untuk membuang air besar. Selain itu, kanak-kanak ini kemungkinan menghadapi masalah tiada lubang dubur.

Masalah Hipotairoidism dan Kanser

Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu kanak-kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia berlaku dalam 10% daripada kanak-kanak sindrom down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (ATLANTOAXIL INSTABILITY). Sebahagian mereka juga mempunyai risiko menghadapi kanser sel putih iaitu leukemia.



Masalah Perkembangan Pelajaran

Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan. Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada lambat dari pelbagai aspek. Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya, mereka ini lambat dalam berlari berbanding kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti menulis, melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namun, perkembangan motor halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka.

Dari aspek perkembangan kognitif pula, kanak-kanak sindrom down kurang mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Namun, perkembangan sosial mereka amat menggalakkan kerana kanak-kanak jenis ini sangat periang. Hal ini, menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka.

Masalah Pertuturan dan Bahasa

Kanak-kanak sindrom down biasanya mengalami masalah dalam pertuturan dan bahasa. Mereka perlu kerap berjumpa dengan pakar terapi pertuturan dan bahasa yang akan mencadangkan rancangan individu untuk meningkatkan perkembangan kemahiran bertutur dan bahasa mereka. Kelewatan berbahasa disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor fizikal, persepsi dan kognitif. Sebarang kelewatan dalam pembelajaran untuk memahami dan menggunakan


bahasa akan menjurus kepada kelewatan perkembangan kognitif. Kemahiran memahami (reseptif) adalah lebih besar berbanding kemahiran ekspresif. Ini bermaksud kanak-kanak sindrom down lebih memahami bahasa yang didengar berbanding dengan keupayaan mereka menuturkannya. Sebab itulah keupayaan kognitif mereka sering dianggap rendah (underestimated).

Kebiasaannya, kanak-kanak sindrom down ini mempunyai kombinasi rongga mulut yang kecil serta mulut dan otot lidah yang lemah menjadikan lebih sukar untuk menuturkan perkataan dan ayat yang panjang. Masalah pertuturan dan bahasa akan menyebabkan kanak-kanak ini kurang mendapat peluang penglibatan dalam aktiviti bahasa dan perbualan.



Masalah Pendengaran

Antara masalah pertuturan dan bahasa lain yang dihadapi oleh kanak-kanak sindrom down berpunca daripada masalah ingatan jangka pendek pendengaran dan kemahiran memproses pendengaran. Ingatan jangka pendek pendengaran adalah stor ingatan yang digunakan untuk menyimpan, memproses, memahami dan menyerap bahasa lisan selama cukup untuk memberi tindak balas terhadapnya. Kekurangan ingatan jangka pendek pendengaran ini akan memberi kesan terhadap keupayaan kanak-kanak memberi tindak balas terhadap bahasa pertuturan yang didengar terutamanya memahami dan bertindak balas terhadap arahan lisan.

Ternyata, ramai kanak-kanak sindrom down mengalami masalah pendengaran, terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak. Hampir 20% yang mengalaminya kehilangan sensorineural akibat daripada kecacatan perkembangan dalam telinga dan saraf pendengaran. Manakala lebih 50% berkemungkinan mengalami kehilangan pendengaran konduktif, kesan daripada jangkitan pada “respiratory tract”.



RAWATAN PAKAR-PAKAR YANG DILIBATKAN

Sehingga kini masih belum ada ubat untuk merawat sindrom down. Namun masih ada beberapa terapi untuk kanak-kanak ataupun orang yang mempunyai sindrom down bagi perkembangan dari aspek sosial, kognitif, dan emosi. Antara contohnya, ialah terapi berkuda dan terapi urut.

Terapi Kuda

Menurut Mc Callum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down. Menurut Chassigne pula, menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan juga ia dapat mendorong semangat penunggang. Melalui aktiviti ini berkuda ini, kanak-kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka dapat menyentuh dan menunggang .kuda tersebut. Selain itu, ia dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi di mana kanak-kanak sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda . Hal ini, meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka perlu membelai kuda tersebut supaya kuda itu terasa tidak terancam.



Terapi Air

Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak sindrom down dalam perkembangan fizikal dan motor halus dan motor kasarnya. Selain itu, otot-otot dan otak juga dapat dirangsangkan. Hal ini kerana pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak sindrom down dapat memperkembangkan sistem kognitif mereka di mana semasa dalam air mereka perlu menggunakan beberapa anggota badan ataupun sistem pernafasan dalam satu masa. Oleh itu, mereka dapat selarikan pergerakan badan dan sistem pernafasan dalam keadaan stabil. Air dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak sindrom down. Maka, kaedah ini dapat membantu mereka dalam pengawalan emosi. Selain itu, aktiviti ini dapat membina kemahiran sosial mereka juga, di mana mereka terdedah dengan persekitaran luar yang mendamaikan dan mententeramkan hati mereka.

Terapi Cara Kerja

Terapi ini adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan harian, penjagaan diri dan kemandiri di tempat kerja dan riadah. Terapi ini melibatkan penilaian kognitif dan persepsi kanak-kanak sindrom down dan kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju dan membuat kerja rumah. Terapi cara kerja mengembangkan semua aspek di mana mereka perlu melakukan tugas harian. Lazimnya, terapi ini diajar di sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.



Terapi Urut

Terapi urut ini dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan pembentukan otot bagi kaki dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu, peningkatan aktiviti fungsi motor halus dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi. Hal ini dapat mengawal postur badan. Terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutan yang kerap dapat mempercepatkan perkembangan motor-motor halusnya seperti memegang, menulis dan sebagainya. Ibu bapa boleh mempelajari urutan ini daripada pakar urut. Pakar ini dapat mengajar dengan cara yang betul dalam mengurut kanak-kanak keperluan sindrom down.



Rawatan Pemulihan

Tujuan rawatan pemulihan adalah untuk membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).

Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal.


Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.



PELAN TINDAKAN BAGI MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Kanak-kanak sindrom down boleh mengikuti pelajaran dengan baik sekiranya mendapat sokongan dan peluang yang bersesuaian. Kanak-kanak sindrom down memerlukan kurikulum yang diubah suai dengan keupayaan mereka kerana mereka mempunyai profil pembelajaran khusus dengan ciri-ciri kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kesedaran guru terhadap faktor-faktor yang membantu dan menghalang pembelajaran membolehkan guru merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Faktor utama yang boleh membantu pembelajaran bagi kanak-kanak sindrom down adalah kesedaran visual dan kemahiran pembelajaran visual. Di antaranya termasuklah;

i.                     Kebolehan belajar dan menggunakan isyarat, gerak tubuh, dan sokongan visual

ii.                   Kebolehan untuk belajar dan menggunakan tulisan

iii.                  Model tingkah laku dan sikap yang ditunjukkan oleh rakan sebaya dan orang dewasa

iv.                 Belajar daripada kurikulum dan aktiviti “hands-on”.



DEFINISI AUTISME

Istilah autism berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran. Ini bermakna autism membawa maksud kanak-kanak berada dalam dunianya sendiri. Autisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurological yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.

Dari segi konsepnya, autisme adalah berpunca daripada kecelaruan neurological otak sehingga menjejas kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.

Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif.

Gejala yang sangat menonjol adalah sikap anak yang cenderung tidak mempedulikan lingkungan dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesulitan dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal. Disamping itu, kanak-kanak autisme seringkali (prilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakkan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan sebagainya.

Gejala autisme juga sangat bervariasi. Ada sesetengahnya, kanak-kanak ini berperilaku hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka sangat cenderung mengendalikan emosinya dan sering tempertantrum (menangis dan mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, tertawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.

JENIS-JENIS KEPERLUAN KHAS AUTISME

Dari Segi Komunikasi

Bagi kanak-kanak autisme, mereka kelihatan seperti bermasalah pendengaran kerana tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain terhadapnya. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini agak lambat ataupun tiada langsung dan amat jarang menggunakan bahasa dalam aktiviti seharian. Selain itu, kanak-kanak autisme juga sukar diajak bercakap. Namun, kadang kala mereka dapat menuturkan sesuatu tetapi hanya buat seketika sahaja. Apabila didengar perkataan atau jawapan yang dituturkan, ianya adalah tidak sesuai dengan pertanyaan yang dikemukakan. Ini bermakna, kanak-kanak autisme tidak faham maksud sesuatu soalan yang dikemukakan kerana bahasa yang dikeluarkan tidak dapat difahami oleh orang biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak autisme suka meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti akan maksudnya dan menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.



Dari Segi Interaksi Sosial

Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem kerana mereka amat suka bersendirian, menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut yang terasing. Kanak-kanak autisme tidak gemar bermain dengan rakan sebaya dan sering menolak ajakan rakannya. Selain itu juga, kanak-kanak ini tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.



Dari Segi Gangguan Deria

Kanak-kanak autisme mudah terangsang pada gangguan deria seperti amat sensitif pada sentuhan. Kanak-kanak ini amat sensitif terhadap bunyi yang kuat sehingga menutup telinga mereka apabila mendengarnya. Kanak-kanak ini juga tidak suka dipegang ataupun dipeluk sesiapa. Namun begitu, mereka suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain yang disukainya. Mereka ini juga dikatakan kurang sensitif pada rasa sakit atau takutkan sesuatu seperti kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.

Dari Segi Tingkah laku

Kanak-kanak autisme sering melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepakkan tangan dan menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar-mandir. Kanak-kanak ini tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) dan dapat duduk dalam jangka masa yang lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi. Ada kalanya, kanak-kanak autisme suka mencederakan dirinya seperti menghantuk kepala, menggigit jari, tangan atau pergelangan tangan, menggaru atau menggosok dengan kuat.

Dari Segi Emosi

Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan sering berubah-ubah. Kanak-kanak autisme dikatakan sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab. Mereka suka mengamuk jika kemahuannya tidak dituruti atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya. Sekiranya emosi kanak-kanak autisme terganggu, mereka akan merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya dan menyerang sesiapa sahaja yang duduk berhampiran dengannya. Ada kalanya juga kanak-kanak ini suka mencederakan dirinya sendiri, tidak mempunyai rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain di sekitarnya.



-MASALAH SAMPINGAN

Masalah Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyai daya kognitif yang lemah, namun terdapat sebahagian kecil daripada mereka yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Kebanyakan individu autisme mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad, namun begitu keadaan ini tidak pula berlaku apabila mereka member tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau rangsangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepada satu aspek daripada satu perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh.


Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini akan dikekalkan dalam bentuk yang asal (uncoded form). Bagi kanak-kanak autisme, mereka tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran.

Selain itu, kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat perkara yang telah berlaku. Oleh yang demikian, kanak-kanak autisme juga tidak mampu melihat perkaitan antara dua perkara. Sebab itulah mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan tidak memahami bahasa kiasan.

Masalah Perkembangan Bahasa

Bahasa bagi kanak-kanak autisme adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi mereka yang boleh bertutur, kanak-kanak ini banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Topik perbualan kanak-kanak autisme adalah terhad di samping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.

Masalah bahasa bagi kanak-kanak autisme dapat dibahagikan seperti berikut:

(a)    Nonsegmental Phonology

Kanak-kanak autisme lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi. Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran bunyi vocal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa, pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad dan tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan.

(b)    Bahasa Idiosinkratik

Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu yang bermaksud perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang baru.

(c)    Masalah Kata Ganti Nama

Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti “he” atau “she”. Kata ganti nama kedua “you” digunakan untuk dirinya dan “I” untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.

(d)    Ekolalia

Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Terdapat pelbagai jenis ekolalia seperti ekolalia serta merta (immediate ecolalia) iaitu pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila perkataan disebut, ekolalia lewat (delayed acolalia) iaitu diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan disebut dan ekolalia ringan (mitigated) iaitu pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.

Walaupun kanak-kanak lain juga ada kalanya mengalami ekolalia, namun bagi kanak-kanak autisme ekolalia terjadi dengan kekerapan yang tinggi dan dalam jangka masa yang lama (mungkin hingga agak dewasa). Mereka juga kurang faham apa yang didengar dan akan meniru sahaja sebutan berkenaan.

Masalah Perkembangan Komunikasi

Kanak-kanak autisme tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autisme juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.

Masalah Perkembangan Sosial

Kanak-kanak autisme menjadi handikap apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka kerap dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata ketika bercakap, tidak mahu memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan-rakan lain. Sesetengah kanak-kanak autisme


kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka. Misalnya, mereka tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya, tidak membalas lambaian atau tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk tangan.

Masalah tingkah laku sosial kanak-kanak autisme dapat dikategorikan kepada tiga iaitu:

(a)   Penghindaran sosial (social avoidant), iaitu individu autisme akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi sosial. Kerap kali mereka akan menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka.

(b)   Bersikap tidak acuh/peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari daripada pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan sesuatu daripada orang itu.

(c)   Kekok atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu autisme cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Keadaan ini berlaku kerana mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan, sikap dan emosi. Oleh itu, mereka tidak dapat menjangkakan apa yang akan disebut atau dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial.

Kanak-kanak autisme perlu diberi bimbingan dan dorongan untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Mereka perlu diberi peluang bergaul dengan rakan sebaya lain yang bukan autisme supaya mereka dapat belajar bergaul dan mempelajari kemahiran sosial yang dijangka berlaku dalam situasi sebenar.

Masalah Perkembangan Emosi

Kanak-kanak autisme sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme dianggap telah menunjukkan emosinya apabila kelihatan ketawa geli hati seorang diri. Namun, persoalannya adalah sama ada tingkah laku itu wujud dalam keadaan sosial yang betul. Individu autisme juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu, individu autisme menunjukkan beberapa ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan (posture) badan yang kaku dan suara yang mendatar atau monotonous.



Secara kesimpulannya, kanak-kanak autisme sememangnya secara semula jadi kurang berminat untuk berkomunikasi dengan orang lain.



RAWATAN PAKAR-PAKAR YANG DILIBATKAN

Terapi dengan Pendekatan Psikodinamis

Pendekatan terapi berorientasi psikodinamis terhadap individu autisme berdasarkan asumsi bahawa penyebab autisme adalah adanya penolakan dan sikap orang tua yang “dingin” dalam mengasuh anak. Terapi Bettelheim dilakukan dengan menjauhkan anak dari kediaman dan pengawasan orang tua. Kini terapi dengan pendekatan psikodinamis tidak begitu lazim digunakan kerana asumsi dasar dari pendekatan ini telah disangkal oleh bukti-bukti yang menyatakan bahawa autisme bukanlah akibat salah asuhan melainkan disebabkan oleh gangguan fungsi otak. Pendekatan yang berorientasi Psiko-dinamis didominasi oleh teori-teori awal yang memandang autisme sebagai suatu masalah ketidakteraturan emosional.



Terapi Dengan Intervensi Behavioral

Pendekatan Behavioral telah terbukti dapat memperbaiki perilaku individu autisme. Pendekatan ini merupakan variasi dan pengembangan teori belajar yang semula hanya terbatas pada sistem pengelolaan ganjaran dan hukuman (reward and punishment). Prinsipnya adalah mengajarkan perilaku yang sesuai dan diharapkan serta mengurangi perilaku-perilaku yang salah pada individu autisme. Pendekatan ini juga menekankan pada pendidikan khusus yang difokuskan pada pengembangan kemampuan akademik dan keahlian-keahlian yang berhubungan dengan pendidikan. Pada masa ini ada beberapa sistem behavioral yang diterapkan pada individu dengan keperluan khusus seperti autisme:

1.                  Operant Conditioning (konsep belajar operan).

Pendekatan operan merupakan penerapan prinsip-prinsip teori belajar secara langsung. Prinsip pemberian ganjaran dan hukuman: perilaku yang positif akan mendapatkan konsekuensi positif (reward), sebaliknya perilaku negatif akan mendapat konsekuensi negatif (punishment). Oleh yang demikian, diharapkan tujuan


utama dari pendekatan ini iaitu mengembangkan dan meningkatkan perilaku positif, serta mengurangi perilaku negatif yang tidak produktif.

2.                  Cognitive Learning (konsep belajar kognitif).

Struktur pengajaran pada pendekatan ini sedikit berbeza dengan konsep belajar operan. Fokusnya lebih kepada seberapa baik pemahaman individu autisme terhadap apa yang diharapkan oleh lingkungan. Pendekatan ini menggunakan ganjaran dan hukuman untuk lebih menegaskan apa yang diharapkan lingkungan terhadap anak autistik. Fokusnya adalah pada seberapa baik seorang penderita autistik dapat memahami lingkungan di sekitarnya dan apa yang diharapkan oleh lingkungan tersebut terhadap dirinya. Latihan relaksasi merupakan bentuk lain dari pendekatan kognitif. Latihan ini difokuskan pada kesedaran dengan menggunakan tarikan nafas panjang, pelemasan otot-otot, dan perumpamaan visual untuk meneutralkan kegelisahan.

3.                  Social Learning (konsep belajar sosial).

Ketidakmampuan dalam menjalin interaksi sosial merupakan masalah utama dalam autisme, kerana itu pendekatan ini menekankan betapa pentingnya pelatihan keterampilan sosial (social skills training). Teknik yang sering digunakan dalam mengajarkan perilaku sosial positif antara lain: modelling (pemberian contoh), role playing (permainan peran), dan rehearsal (latihan/pengulangan). Pendekatan belajar sosial mengkaji perilaku dalam hal konteks sosial dan implikasinya dalam fungsi personal.



Terapi Wicara

Hampir semua kanak-kanak autisme mempunyai kesulitan dalam berbicara atau bercakap dan berbahasa. Biasanya hal inilah yang paling menonjol, banyak pula individu autistic yang non-verbal atau kemampuan berbicaranya sangat kurang. Kadang-kadang percakapannya cukup berkembang, namun mereka tidak mampu untuk memakai percakapannya untuk berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain. Dalam hal ini, terapi wicara dan berbahasa akan dapat menolong kanak-kanak autisme.



Terapi Okupasi

Hampir semua kanak-kanak autisme mempunyai kelambatan dalam perkembangan motorik halus. Gerak-geriknya mereka kaku dan kasar, mereka kesulitan untuk memegang pensel dengan cara yang benar, kesulitan untuk memegang senduk dan menyuap makanan ke dalam mulutnya, dan sebagainya. Oleh yang demikian, terapi okupasi sangat penting untuk melatih serta menggunakan otot -otot halusnya dengan lebih berkesan.

Terapi Sosial

Kekurangan yang paling ketara bagi individu autisme adalah dalam bidang komunikasi dan interaksi. Kebanyakan kanak-anak autisme memerlukan pertolongan dalam ketrampilan berkomunikasi di antara dua arah, mendapatkan kawan dan bermain bersama di tempat permainan. Seorang pakar sosial boleh membantu dengan memberikan fasilitator pada mereka untuk bergaul dengan teman-teman sebaya dan mengajar cara bergaul dan berkomunikasi dengan cara yang betul.

Terapi Biomedik

Terapi biomedik dikembangkan oleh kelompok doktor yang tergabung dalam DAN (Defeat Autism Now). Banyak dari para perintisnya mempunyai anak autistik. Mereka sangat gigih melakukan riset dan menemukan bahawa gejala-gejala anak ini datangnya daripada gangguan metabolisme yang terdapat pada gangguan fungsi otak. Oleh itu, anak-anak ini diperiksa secara intensif, pemeriksaan, darah, urin, dan rambut. Semua perkara abnormal yang diperolehi dapat diselesaikan, sehingga otak menjadi bersih daripada sebarang gangguan. Ternyata lebih ramai anak-anak ini menunjukkan kemajuan apabila mendapatkan terapi yang komprehensif, iaitu terapi dari luar dan dari dalam tubuh sendiri (biomedis).



PELAN TINDAKAN BAGI MEMBANTU KANAK-KANAK AUTISME

Kanak-kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih


dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibu bapa. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku.

Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program pendidikan inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelas normal untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pendidikan khasnya yang dikenali sebagai guru pendamping. Guru pendamping akan membantu kanak-kanak ini belajar dan juga menyesuaikan diri di dalam kelas barunya. Selain itu, guru pendamping juga akan membantu guru kelas merancang pembelajaran dan membina bahan bantu mengajar.

Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkeperluan khas yang lain juga. Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas PKBP, ia akan mengikuti pelajarannya mengikut kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Dalam hal ini, kanak-kanak autistik tidak memerlukan pengubahsuaian kurikulum kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru akan membantu pelajar mengikut keperluan mereka. Bagi kanak-kanak autisme, keperluan pembelajaran pada peringkat awal adalah melibatkan kawalan tingkah laku yang kurang sesuai, kemahiran sosial dan juga komunikasi.

Komponen-komponen dalam kurikulum pendidikan khas masalah pembelajaran adalah seperti bidang-bidang Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian dan Nilai-nilai Murni, dan bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti. Guru akan menyampaikan pengajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran. Sebab itulah sukatan pelajaran bagi Program Khas Masalah Pembelajaran digabungkan sekali bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

Penilaian bagi kanak-kanak autisme adalah secara berterusan melalui Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Melalui RPI, guru dapat mengetahui prestasi pelajarnya sama ada telah menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar atau telah meninggalkan tingkah laku kurang sesuai yang guru kehendaki. Selain itu, penilaian juga dibuat melalui ujian-ujian dan pemerhatian guru di dalam dan di luar kelas.

KESIMPULAN

Keperluan kanak-kanak khas berbeza daripada kanak-kanak yang sebaya dengan mereka dalam beberapa aspek penting, malah mereka juga mempunyai perbezaan dalam pola perkembangan masing-masing. Perbezaan keperluan ini perlu diberi status yang sesuai dan mereka yang terlibat dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi membuat peruntukan khas bagi memenuhi keperluan tersebut dan bukannya dikritik. Guru di kelas biasa juga turut memainkan peranan penting dengan membantu mengenal pasti murid dengan masalah pembelajaran atau mungkin menerima murid yang dikenal pasti tergolong dalam kategori sindrom down dan autisme itu. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan keperluan khas ini perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain.

Guru perlu mendapatkan semua sumber maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu bapa, doctor, pakar, perpustakaan dan sumber komuniti serta persatuan bagi membantu murid tersebut. Jika tingkah laku murid berkeperluan khas itu di luar kepakaran guru, guru hendaklah merujuk murid dan keluarga kepada sumber komuniti bagi mendapatkan diagnos dan rawatan khas. Oleh itu, penting bagi sekolah pihak sekolah memastikan pelbagai agensi turut berganding bahu bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini, termasuk daripada pihak kebajikan dan organisasi sukarela supaya pendidikan yang relevan dengan kanak-kanak itu dapat disediakan. Ini kerana peranan agensi-agensi ini dalam mendidik kanak-kanak kurang upaya tidak dapat dinafikan.

Membiarkan golongan istimewa atau kanak-kanak berkeperluan khas berkeadaan sentiasa lemah dalam sesuatu perkara menyebabkan mereka berkeadaan tidak bersemangat dan tidak ada kekuatan diri bagi meningkatkan potensi yang mungkin ada pada mereka. Kesabaran membimbing dan mengajar anak-anak istimewa ini amat penting supaya mereka terus berkeyakinan dan bersemangat mempelajari sesuatu perkara yang diminati. Kerajaan Malaysia telah membuktikan iltizamnya dengan merealisasikan agenda bagi golongan istimewa dan Proklamasi ke atas kesaksamaan dan penyertaan penuh bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik. Tanggungjawab mendidik kanak-kanak istimewa ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama baik oleh guru, ibu bapa mahupun masyarakat keseluruhannya.



RUJUKAN

1.      Jamila K.A.Mohamed (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

2.      Mohd.Sharani Ahmad (2006). Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

3.      Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

4.      Modul HBSL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

  1. Modul HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Universiti Terbuka Malaysia (OUM).